🚨 Dunia ini dipenuhi dengan kisah-kisah misteri yang menyeramkan, namun tiada siapa yang mampu membuktikan kewujudan mereka. Siri Dari Alam Hitam mengajak anda untuk mengembara ke dalam perjalanan yang penuh dengan saspens dan ketegangan, meneroka kejadian-kejadian aneh yang berlaku di serata dunia. Siri ini menyajikan kisah-kisah menegangkan penuh dengan misteri, yang akan membuatkan anda merasai ketakutan yang tidak terungkapkan. Bersiaplah untuk menyelami dunia yang penuh dengan kejadian-kejadian aneh yang tidak dapat dijelaskan. 😱👻 # Dari Alam Hitam 01 [Si Mulut Robek] Baru-baru ini di bandar, terdapat beberapa kejadian pembunuhan wanita yang dikelar mulutnya. Orang ramai percaya bahawa wanita bermulut robek telah menghantui bandar. Perkara itu membuatkan Lisa berasa takut. Suatu hari, ketika bersendirian menaiki lif, dia berasa sesuatu di belakangnya… 👉 Cerita diandungi: Si Mulut Robek / Tengu / Stesen Misteri # Dari Alam Hitam 02 [Dendam Hitam] Kevin dibawah oleh tentera untuk memasang periuk api. Ketika sedang menjalankan tugas itu, rakannya tiba-tiba diserang oleh seekor raksasa sehingga menyebabkan satu letupan besar. Dia pengsan akibat hentaman letupan tersebut. Apabila tersedar, dia melihat raksasa itu sedang memakan mayat rakannya… 👉 Cerita diandungi: Dendam Hitam / Raksasa Pembetung / Countess Darah # Dari Alam Hitam 03 [Pohon Darah] Pihak pemaju projek bertekad untuk menebang "Pohon Darah" demi melaksanakan projek pembangunan, tanpa menghiraukan bantahan penduduk kampung. Namun, ketika mereka menghidupkan gergaji elektrik, mereka tidak menyangka apa yang "ditebang" sebenarnya adalah.. 👉 Cerita diandungi: Pohon Darah / Jin Kucing / Cerum Pelik # Dari Alam Hitam 04 [Badut] Seorang pengasuh menerima sebuah bungkusan yang aneh ketika sedang mengasuh anak tuan rumahnya. Di dalamnya terdapat patung badut yang menyeramkan. Pada mulanya, dia menyangka ia hanyalah sekadar hiasan semata-mata, tetapi rupa-rupanya… 👉 Cerita diandungi: Badut / Si Abadi / Benang # Dari Alam Hitam 05 [Rakan Buatan ] Seorang pengawal keselamatan sekolah sedang melakukan rondaan malam seperti biasa di kawasan sekolah. Tiba-tiba, dia ternampak sesuatu. Apabila dia menyuluh dengan lampunya, kelihatan kelibat yang berbentuk manusia sedang cuba melarikan diri dari kawasan sekolah… 👉 Cerita diandungi: Rakan Buatan / Zashiki-Warashi / Kereta Misteri
Reviews
There are no reviews yet.











